Monday, 28 November 2011

Keperluan Asas Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan juga merupakan salah satu  benda hidup yang terdapat di dunia ini, oleh itu tumbuh-tumbuhan juga ada keperluan asas untuk hidup.

Tumbuh-tumbuhan memerlukan air, udara dan cahaya matahari. Tumbuh-tumbuhan menggunakan air, udara dan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis. (photosynthesis)

Lagu fotosintesis

Keperluan Asas Haiwan

Keperluan asas haiwan adalah lebih kurang sama dengan apa yang diperlukan oleh manusia, iaitu udara, air, makanan dan tempat tinggal.

Keperluan Asas Manusia

Keperluan asas manusia termasuk makanan, air, udara dan tempat perlindungan.

Manusia makan dan minum setiap hari untuk mendapatkan tenaga (energy) agar dapat menjalankan aktiviti harian seperti bermain dan bekerja.

manusia perlu makan untuk mendapatkan tenaga

manusia memerlukan tenaga untuk bermain

manusia memerlukan tenaga untuk bekerja




Demi mengekalkan kesihatan badan serta mendapat tenaga yang secukupnya untuk aktiviti harian, kita perlu makan makanan yang seimbang. (balance diet)

piramid makanan

Makanan seimbang merujuk kepada pelbagai makanan seperti yang ditunjukkan oleh piramid makanan di atas. Jenis makanan yang berada di kumpulan paling bawah merupakan makanan yang perlu makan banyak, dan kumpulan makanan yang terletak di bahagian paling atas merupakan makanan yang perlu makan sedikit.

Manusia memerlukan udara
Manusia memerlukan udara segar untuk bernafas (breathe), manusia tidak akan dapat hidup tanpa udara segar,
manusia memerlukan udara untuk bernafas

Manusia memerlukan  tempat perlindungan
Manusia memerlukan tempat perlindungan sebagai tempat berteduh.




Friday, 25 November 2011

Keperluan Asas Benda Hidup


Semua benda hidup di dunia  mempunyai keperluan asas. (basic needs)

Pages